Tapi artikel ini dikatakan berdasarkan kajian Dato’ Fadzilah Kamsah, dan saya edit sikit-sikit je. Apa pun, penilaian terbaik adalah dari anda sendiri…sooo enjoyyy!!!
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
Suka mendidik dan dididik. Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. mudah memaafkan tapi sukar melupakan, Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian.
Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya.
Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.
(dr sumber lain)
-suka dimanja,tegas dlm buat kputusan,sekali kata taknak,tetap taknak,berpendirian,pandai berkata2,ingin slalu disayangi tp jarang mmberi,
suka keindahan dan romantic,hangat diranjang,tak suka comot2 dan sentiasa kemas,tak pandai meluahkan prasaan,
degil dlm ssebuah perkara dan suka mmberontak,sng nmpak kesalahan dan kkurangan org lain tp tak nmpak pd sndiri,
seorang ibu yg baik serta pnyayang dan pntingkan ksmpurnaan dlm hidup..
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius.
Berpersonaliti yg mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya.
Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.
MAC
Perpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi.
Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain.
Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan.
Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.
APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian.
Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org.
Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi.
Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah.
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @mood,
idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera,
bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat,
suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas,
cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan,
lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal,
JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki,
Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya,
Berjiwa sentimental, jarang berdendam, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka,
caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri,
suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa,
Lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain,
berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain,
terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa,
cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti,
cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk,
cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik,
pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,
kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik,
otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,
pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong,
kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan,
sukakan benda yg luas, bersistematik.
OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah,
sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura,
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama,
cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri,
tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut,
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut,
romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat,
NOVEMBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun,
kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan,
sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri,
tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain,
emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan),
suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan,
mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan,
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi,
Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai,
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah,
Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik,
sumber http://www.wanitaboleh.com/
Sabtu, 1 Ogos 2009
contoh surat rasmi untuk isteri tersayang
biniku yang tersayang
17, Jalan Angkasa ,
24300 ,Kemaman
Terengganu.
28 Feb 2009
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. P ada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA
Yang Ikhlas Memohon,
Suami tersayang

Rabu, 10 Jun 2009
CERPEN HARI GURU....SEDIH GAK BILA BACA...
Cikgu, Alias, beruk dan ...
27 Mei 2009
Posted by Ibnu Rajab in Cerpen Pilihan
Cerpen bertajuk beruk ini pernah menyentuh hati ana pada suatu kem Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan kepada guru-guru pelatih Institut Perguruan Rajang, Sarawak. Lalu pada kesempatan ini, ana kongsikan cerpen ini untuk tatapan insan yang telah bergelar guru, bakal-bakal guru dan semua yang dapat mengambil pengajaran daripadanya. Untuk semua, inilah kisah...
Beruk!
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.
Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.
Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. "Alias! Mari sini!" Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.
Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.
"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.
Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.
"Mari dekat sini, Lias!" perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.
Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.
"Kenapa kau datang lambat?" Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
"Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?" Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.
Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan "beruk" kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan "beruk" sebab dia membela seekor beruk.
"Pandang sini!" sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. "Saya tanya kepada kau datang lambat?"
Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, "Beruk... beruk saya putus rantai, cikgu!".
"Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?". Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.
"Saya cari, cikgu!".
"Dah jumpa?".
Alias angguk. Tersenyum.
"Sebab itu kau datang lambat?"
Angguk juga.
"Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk". Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.
"Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Alias dengan jujur.
Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.
"Kau nak main-mainkan saya, ya?" Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.
"Tidak cikgu, saya..."
"Sudahlah!" Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.
Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.
"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.
Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.
Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.
Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.
Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok "keman malu" dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.
Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.
Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.
"Alias ke mana mak cik?" tanya Cikgu Sunan.
"Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung".
"Dia panjat pokok kelapa?"
"Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh," terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.
"Dah lama mak cik lumpuh?" tanyanya.
"Dah hampir setahun," terang orang tua itu lagi.
Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.
"Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?".
"Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit".
Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.
"Haa, itu pun dia dah balik," kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. "Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal," kata orang tua itu dengan sedih.
Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.
Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.
"Dia lama cikgu sampai ?" tanya Alias.
"Baru sekejap," jawab Cikgu Sunan.
Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.
"Dekat sini Alias," kata Cikgu Sunan dengan lembut.
Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.
"Senget sedikit kepala kau". Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.
Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.
Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.
Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.
Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.
Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.
"Terima kasih Alias." Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.
"Cikgu sakitkah?" tanya Alias antara sedu-sedannya.
"Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias." kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.
"Cikgu..."
"saya minta maaf'," kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
"Tak apa.... tapi kau mau ke sekolah lagi?"
Alias duduk. Kaku. Sedih.
"Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam" Cikgu Sunan memberi nasihat.
"Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu." Tiba-tiba Alias menjawab sayu.
"Kenapa?"
"Beruk... Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu."
Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.
Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.
Azizi Hj Abdullah
- Dewan Bahasa, Disember 1970
Posted by: Ustaz Ibnu Rajab

Langgan:
Catatan (Atom)