Isnin, 16 Jun 2008

Kursus Kesedaran HIV/AIDS Anjuran Bersama KelateDotNet

Photobucket

Kota Bharu - Program Kesedaran HIV/Aids kepada belia-belia Kota Bharu anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Kota Bharu dengan kerjasama Laman web Siber, KelateDotNet berlangsung meriah pagi kelmarin

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Kota Bharu ini disertai 85 orang belia sekitar daerah Kota Bharu.

Tujuan Jabatan Kesihatan menganjurkan kursus ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada belia tentang penyakit Hiv/Aids dan kesannya kepada masyarakat.

Menurut pegawai pengelola majlis, Encik Zainudin bin Zawawi, penganjuran kursus ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Tambahnya, objektif program telah disampaikan secara berkesan oleh penceramah jemputan kepada golongan belia. Oleh itu, dengan pengetahuan yang sedia ada, kami harap para peserta dapat menyebarkan maklumat kursus ini agar masyarakat tahu tentang bahayanya penyakit Hiv/Aids.

Buat julung kalinya, sebuah laman web bola sepak siber terlibat secara langsung dalam aktiviti komuniti. Penglibatan KelateDotNet (KDN) telah membuka mata sesetengah pihak bahawa sesebuah Kelab Siber bukan hanya untuk komuniti internet sahaja tetapi juga untuk program berbentuk kemasyarakatan keseluruhannya.

sumber : RedsFc (www.kelate.net)

Tiada ulasan: