Selasa, 3 Jun 2008

EURO 2008

Finalis Piala Dunia iaitu Perancis dan Itali bakal berentap didalam kumpulan C bagi kelayakan untuk mara ke suku akhir EURO2008. Italy yang masih segar dengan kejayaan Piala Dunia menundukkan Perancis melalui sepakan bakal menjadi penghalang Perancis untuk layak ke suku akhir pada saingan kali ini. Kumpulan C mendapat jolokan kumpulan maut kerana menempatkan Perancis selaku juara EURO2000, Itali juara Piala Dunia 2006, Belanda dan Romania.

Photobucket

Pernacis telah menetapkan skuad mereka yang terdiri ramai muka baru dan dikuatkab dengan barisan pemain senior yang telah beberapa kali bermain pada Piala Dunia terdahulu. Gandingan sayap Pernacis pada sebelah kanan dan kiri mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan disamping mereka mempunyai peledak gol yang sensasi iaitu Henry. Henry sewaktu bermain di Barcelona kurang menyerlah tetapi jurulatih Perancis masih mengakui bahawa Henry penyerang yang berbisa. Henry akan dibantu oleh penyerang muda yang berumur 20 tahun iaitu Benzema.

Photobucket

Itali pula tidak banyak perubahan dalam skuad mereka. Taruhan mereka adalah Gattuso yang dipanggil kereta kebal Azzurri kerana beliau telah memancu kemenangan kepada Itali pada Piala Dunia 2006. Itali juga dikuatkan pakar sepakan percuma dan sepakan penjuru iaitu Pirlo. Sepakan penjuru Pirlo yang telah membantu Itali menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-0 kepada Pernacis pada Piala Dunia 2006.

Jadi EURO 2008 bakal menterjemahkan misi balas dendam Perancis kepada Itali kerana mengecewakan mereka pada saingan akhir Piala Dunia 2006. Bagi Itali mereka ingin mengecapi EURO 2008 kerana mereka ingin menyamai rekod Perancis kerana Perancis memenangi Piala Dunia 1998 dan memenangi EURO 2000. Itali ingin mencipta rekod seperti itu dengan memenangi Piala Dunia 2006 dan EURO 2008.

1 ulasan:

SangKunang berkata...

perancih keno badi italy laa. main nge italy ado jah keno red card. dulu zidane, male kmarin abidal pulok.

dulu pirlo wat free kick, male kmarin pun pirlo wat.

xdok naseb laa, baru jah maen smeta, ribery injured, phtu penalti. doh laa penalti, sent off pulok, pahtu deflect gol sdiri henry..

huhuhu, anyway,
italy meme bnasib baik. patut keno tende ko romania awal2 lagi