

tekan untuk paparan gambar lebih besar
Oleh : Adib_n70 Unit Media KelateDotNet (KDN) K.Bharu
Kota Bharu - Selepas selesa dengan kemenangan tipis ke atas Sarawak Ahad 6 Julai 2008, kini misi skuad Kelantan mesti diteruskan di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi mencerahkan dan meletak sebelah kaki ke suku akhir dengan baki 3 perlawanan selepas menentang Melaka.
Barisan Kelantan yang sedikit menampakan kepincangan di bahagian pertahanan perlu dibaiki jika ingin melangkah lebih jauh kerana apabila berada peringkat kalah mati aturan baru FAM menggunaka pakai aturan UEFA iaitu aturan gol di tempat lawan. Mesti kita semua masih ingat kenapa kita tersingkir awal pada Pusingan pertama lagi saingan Piala FA? Jawapannya senang, kerana pertahanan kita lalai dan mudah memberikan gol pada pihak lawan. Semasa perlawanan Piala FA pusingan pertama, kita seakan-akan hampir berjaya menundukkan KM Naza di Kota Bharu dengan agregat 5-4, namum kelekaan pertahanan menghukum agar kita keluar lebih awal dari persaingan Piala FA. Kami penyokong Kelantan tidak mahu perkara ini berulang lagi apabila Kelantan berjaya menlangkah ke suku akhir kelak.
Shahrizan Ismail masih lagi akan memikul tugas sebagai penjaga gol Kelantan, walaupun Regis mempunyai pilihan penjaga gol lain. Sewaktu Unit Media KDN KB menemuramah Regis sebelum perlawanan Kelantan-Sarawak, Regis memberi kepercayaan kepada Shahrizan Ismail untuk memikul tugas sebagai penjaga gol kerana gol yang dilepaskan oleh Shahrizan Ismail bukan salahnya.
Barisan pertahanan Kelantan haruslah seperti zaman Cikgu Jan iaitu Farisham Ismail, Jan Necas, Rizal Fahmi, dan Sarudy Aziz. Pada pandangan mata penyokong setia Kelantan Sarudy dilihat sebagai perosak perlawanan Kelantan kerana sering kali gol yang berjaya dijaringkan lawan berpunca dari beliau. Unit Media KDN KB cuba mengupas isu ini bersama Regis, Regis telah mengatakan beliau menurunkan Amjad Shah untuk memberi pendedahan agar dapat mengawal perlawanan jika ketiadaan Jan Necas atau Rizal Fahmi akibat pengantungan atau kecederaan. Jadi itu adalah eksperimen Regis. Unit Media KDN KB cuba bertanya hal Sarudy, Regis menjawab beliau tiada sebab untuk merehatkan Sarudy kerana kadang-kadang dia bertindak sebagai penyelamat. Regis mengatakan begitu kerana sewaktu perlawanan Terengganu-Kelantan yang berlangsung di Kuala Terengganu baru-baru ini, Sarudy telah berjaya menyelamatkan 2 gol yang nyaris-nyaris menerjah jaring. Itu satu jawapan yang tidak dapat Unit Media KDN KB terima kerana jawapan begitu mungkin 'ada udang di sebalik batu'. Unit Media KDN KB mencadangkan kepada Regis supaya melakukan perubahan dengan merehatkan Sarudy dan membiarkan Zairul Fitree menggantikan posisi bek kiri dan Fitri Omar atau Hafizi Awang di bahagian sayap kiri. Entah diterima cadangan ini atau pun tidak kita tunggu perlawanan Melaka-Kelantan.
Barisan Tengah Kelantan sekarang boleh dikatakan setiap penjuru padang berjaya dikuasai. Dengan adanya Ramzul Zahini di bahagian sayap kanan memberi Kelantan sedikit nafas baru. Ramzul Zahini melakukan tugasnya dengan baik sewaktu diturunkan kesebelasa utama menentang Sarawak, namum beliau terpaksa dikeluarkan dan Amri Fazal menggantikan beliau kerana beliau mengalami kecederaan. Ajaibnya perlawanan Kelantan-Sarawak, gol pendahuluan diperolehi melalui 2 pemain sayap kanan iaitu Ramzul Zahini pada minit ke3 selepas menerima hantaran sepakan percuma dari Badhri Radzi dan Amri Fazal yang menggantikan Ramzul Zahini melalui hantaran yang cantik mencari Mahmadou Moustapha tetapi bola terus ke jaring gol Sarawak. Itulah keajaiban perlawanan Kelantan-Sarawak. Badhri Radzi sudah tidak boleh dipertikaikan lagi cara permainannya, kerana beliau sekarang sebagai 'playmaker' bagi mencorakan gerakan untuk menghasilkan gol. Khairan Eroza banyak membantu barisan pertahanan dan juga bahagian serangan. Tugas Badhri Radzi dan Khairan Eroza telah dipikul sebaik-baiknya oleh mereka berdua.
Bahagian Serangan Kelantan iaitu Mahmadou Moutapha dan Enock Bentil semakin serasi, namun sedikit ketumpulan terserlah keranan sepakan mereka terkena palang dan tiang gol. Jika menerjah jaring pasti Kelantan menang besar menentang Sarawak. Bahagian serangan Kelantan ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengempur kubu pertahanan Melaka apabila mereka bertemu di Melaka.
Barisan kemungkinan atau barisan yang sesuai untuk perlawanan menentang Melaka :
Shahrizan Ismail (GK)
Farisham Ismail (RB)
Zairul Fitree (LB)
Jan Necas (CB)
Rizal Fahmi (CB)
Ramzul Zahini atau Amri Fazal (RW)
Fitri Omar atau Hafizi Awang (LW)
Khairan Eroza (DM)
Badhri Radzi (AM)
Enock Bentil (SS)
Mahmadou Moustapha (CF)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan