Sabtu, 6 September 2008

Minyak Bakal Turun???

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Shahril Samad yang menyatakan bahawa kemungkinan harga minyak dinegara kita akan diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dipasaran dunia.

Mengikut kenyataan YB menteri tersebut, kemungkinan pihak kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak tempatan tersebut sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, alangkah gembiranya seluruh rakyat jelata yang mendapat khabaran berita tersebut.

Namun kewajaran pihak kerajaan untuk berbuat sedemikian adalah tinggi pada pendapat saya dan tidak harus dilengahkan lagi, ini adalah kerana jika kita lihat kepada trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini (3 Sept 2008) berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.

Sekurang-kurangnya beban tinggi yang dialami oleh penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini akan sedikit diringankan dan seterusnya merupakan hadiah Hari Raya Aidil Fitri yang paling ditunggu-tunggu sekian lama setelah kesengsaraan yang dialami semenjak kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara iaitu 70sen pada Mei 2008 yang lalu.

Saya amat berharap agar para pekilang, pemborong dan peniaga akan turut serta menurunkan harga barangan dipasaran sejajar dengan penurunan harga minyak di pasaran tempatan ini, kesan penurunan ini sekurang-kurangnya akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi negara dan khasnya kepada pengguna terakhir.

Tiada ulasan: