Rabu, 25 Jun 2008

Kelantan 3 Melaka 1

Ditulis oleh Adib_n70 Unit Media KDN KB

Kota Bharu – Semalam telah berlangsungnya perlawanan TM Piala Malaysia di mana pasukan kesayangan kita beraksi menentang Melaka. Perlawanan ini disudahi dengan kemenangan berpihak kepada kita iaitu 3-1 hasil jaringan Badri Radzi(2gol) dan Farisham(1gol) manakala Melaka hanya mampu membawa pulang gol saguhati ke kota raya bersejarah.

Permainan pada separuh masa pertama dilihat begitu menghambarkan kerana bola banyak berlegar di tengah padang. Detik kemenangan Kelantan bermula dari gerakan Khairan Eroza yang menerima bola Badri Radzi dan menghantar kembali kepada Badri untuk Badri melakukan sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke 20 untuk menghasilkan gol pertama tuan rumah. Melaka yang tersentak dengan gol itu cuba bangkit melalui penyerang import mereka iaitu Abegar, namun ketangkasan penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail dapat menepis bola untuk memberikan sepakan percuma.

Selepas itu kedua-dua pasukan sering melakukan serangan balas atau counter attack namun kesemuanya dapat diselamatkan oleh pertahanan dan penjaga gol kedua-dua pasukan.

Selepas rehat 15 minit, Melaka cuba mencari gol penyamaan dari pelbagai arah namun dapat dipatahkan oleh bahagian pertahanan Kelantan yang diketuai oleh Necas dan Rizal. Dalam keghairahan Melaka mengejar gol penyamaan barisan pertahanan mereka sedikit terleka dan peluang ini digunakan oleh Necas untuk melakukan hantaran jauh terus kepada Moustapha. Moustapha berlari namun dapat dikejar oleh barisan pertahanan Melaka dan pertahanan Melaka melakukan asakan keras terhadap Moustapha di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agk untuk memberi sepakan penalti pada minit ke 65. Sepakan penalti itu diambil oleh Badri bagi melengkapkan gol kedua peribadi bagi perlawanan ini.

Melaka berada dalam keadaan tertekan cuba melakukan serangan ke atas kubu Kelantan namun sukar dibolosi. Kelekaan pertahanan Melaka sekali lagi dihukum oleh tuan rumah dengan gol ke3 melalui sepakan Farisham pada minit ke 72. Sepakan ini berpunca dari kekalutan di hadapan pintu gol apabila hantaran Zairul Fitree tidak dikeluarkan dengan sempurna oleh pertahanan Melaka lalu Farisham yang tidak dikawal melakukan rembatan dan bola menerjah jarring gol bagi gol ke 3 tuan rumah.

Seakan-akan Kelantan akan menang 3-0 namun pertahanan Kelantan alpa pada minit ke 81 apabila bola hantaran jauh dari bahagian tengah Melaka berjaya disambut oleh Abegar dan membuat larian sebelum Abega melorongkan bola kepada rakan untuk mendapatkan gol saguhati pelawat. Gol itu berpunca dari kesilapan Sarudy Aziz iaitu kapten Kelantan kerana tidak mengeluarkan bola dengan sempurna kerana beliau adalah orang terakhir sebelum lorongan bola yang menghasilkan gol Melaka.

Dalam pada itu Kelantan hamper berjaya mendapat gol ke 4 melalui pemain gentian Khairul Zal pada minit ke 85 tetapi bola hanya melintasi pintu gol lawan. Perlawan akhirnya berkesudahan Kelantan menang ke atas Melaka 3-1.

Tiada ulasan: