Selasa, 1 Julai 2008

Bujang Senang Kunjungi Kota Bharu

Oleh Adib_n70 Unit Media KelateDotNet (KDN) K.Bharu.

Photobucket

Kota Bharu - Selapas Kelantan meratah skuad Selangor pada Isnin 30 Jun 2008, kini tiba pula Bujang Senang untuk diratah. Kelantan yang cemerlang sepanjang 5 perlawanan di mana mereka berjaya mengekalkan rekod kemenangan ketiga berturut-turut. Perlawanan pembukaan menampakkan pemain Kelantan masih belum serasi dengan jurulatih baru iaitu Regis Laguesse di mana mereka tumpas di Kuching. Perlawanan ke 2 juga menampakkan sedikit keserasian dengan taktikal baru dan perlawanan ke 3,4 dan 5 menampakkan keserasian setiap bahagian dengan taktikal yang diajar oleh jurulatih.

Kelantan yang masih segar dengan 3 kemenangan berturu-turut ingin melakar satu lagi kemenangan ke atas Sarawak bagi mencerahkan lagi peluang ke suku akhir secara automatik. Kemenangan ke atas Melaka dan Selangor di Kota Bharu serta kemenangan ke atas Terengganu di gelanggang lawan menampakan Kelantan berada pada landasan yang betul untuk ke suku akhit TM Piala Malaysia.

Persoalan sekarang adakah mampu Kelantan melangkah dengan lebih jauh jika dilihat kepada jaringan bolos Kelantan? Itu semua terletak di atas kebijaksanaan jurulatih untuk memberikan satu impak yang membolehkan bahagian pertahanan lebih kental. Seperti yang kita semua tahu, Kelantan yang sejak mula beraksi pada Liga Perdana hingga sekarang sering kali memberi pasukan lawan pulang dengan gol saguhati. Apa sudah jadi dengan barisan pertahanan Kelantan. Pertahanan tengah dan kanan begitu susah untuk dimasuki pasukan lawan apatah lagi untuk menjaringkan gol melalui kawasan itu. Regis Laguesse perlu memikirkan cara yang terbaik untuk membaiki pertahanan kiri Kelantan yang sering kali mudah dimasuki pasukan lawan dan melalui posisi itu juga la pasukan lawan mendapat gol.

Shahrizan Ismail masih lagi diberi tanggungjawab untuk mengawal pintu gol Kelantan dari dibolosi Kelantan. Beliau bertindak sebagai benteng terakhir Kelantan untuk menyelamatkan bola dari menerjah ke jaring. Di samping itu juga kecekapan dan ketangkasan Shahrizan Ismail memang sudah tidak dapat dinafikan. Prestasi yang begitu cemerlang beliau amatlah di tagih lagi.

Bahagian tengah Kelantan tidak perlu lagi dipertikaikan lagi kerana dibarisi anak-anak tempatan yang begitu kental dan mempunyai persefahaman yang tinggi dalam menangkis serangan lawan mahupun memulakan serangan ke atas lawan. Barisan tengah yang di ketuai oleh Khairan Eroza, Zairul Fitree Ishal, Amri Fazal dan Badhri Radzi seakan-seakan sudah matang dalam mengerakkan tugas masing-masing. Zairul Fitree Ishak bergerak pada sebelah kiri kerap kali hantaranya berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan bahkan beliau juga mampu menghasilkan gol bagi Kelantan sewaktu Kelantan berada dalam tekanan. Amri Fazal, anak muda yang baru diserap masuk ke dalam skuad senior mula menampakkan prestasi yang menarik. Prestasi anak muda ini terserlah sewaktu Kelantan menentang Selangor Isnin lepas kerana lencongan dari sebelah kanan kadang-kadang berjaya memerangkap pertahanan lawan. Badhri Radzi yang lebih kepada playmaker atau perancang bagi Kelantan sekali lagi memikul tugas untuk mengerakkan jentera serangan Kelantan. Banyak peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol bermula dari gerakan beliau. Khairan Eroza seorang pemain senior dan mampu menggalas tugas kapten pasukan jika keadaan memaksa tidak gentar dalam membantu gerakan serangan atau juga menangkis serangan lawan.

Bahagian serangan Kelantan seakan-akan begitu menjadi pada 3 perlawanan terakhir di mana gandingan Mahmadou Moustapha dan Enock Bentil berjaya menghasilkan gol bagi Kelantan. Mahmadou Moustapha tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau penuh nafsu untuk menjaringkan gol, jika tidak berjaya masakan beliau berjaya menjaringkan 27gol bagi Liga Perdana yang hampir-hampir menyamai rekod Lagenda Kelantan iaitu Hashim Mustapha sebanyak 35gol semusim Liga Perdana. Enock Bentil import dari Ghana telah menemui sentuhan menjaringkan gol sewaktu menentang Terengganu dan beliau juga salah seorang penjaring gol ketika Kelantan menentang Selangor. Sentuhan berbisa dari Mahmadou Moustapha dan Enock Bentil pasti akan mengegarkan jaring sewaktu bertemu Sarawak.

Barisan simpanan Kelantan juga tidak mempunyai masalah pada setiap bahagian. Mereka mampu memberikan khidmat jika mereka diperlukan bagi memperkuatkan bahagian masing-masing, seperti bahagian serangan Kelantan mempunyai Ramzul Zahini Adnan, Khairul Zal Azmi dan Mohd Nizab Ayub. Bahagian tengah Kelantan pula mempunyai pelapis di bangku simpanan seperti Ezrie Shafizie, Fitri Omar dan Zul Yusri Che Harun. Bahagian pertahanan pelapis di barisi oleh Mohd Nazrul Mohd Nor, Hafizi Awang,dan Rosairil Asrul.

Jadi tiada masalah Kelantan mampu mencari kemenangan ke 4 berturut-turut. Ayuh kita gegarkan Stadium Sultan Mohammad ke IV Kota Bharu untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan kesayangan kita. Walau rebah bangun kita perlu berada di belakang pasukan kerana kita penyokong setia Kelantan.

Barisan Kemungkinan menentang Sarawak

Shahrizan Ismail (GK)
Farisham Ismail (Bek Kanan)
Jan Necas (Bek Tengah)
Rizal Fahmi (Bek Tengah)
Sarudy Aziz (Bek Kiri)
Amri Fazal (Sayap Kanan)
Khairan Eroza (Def Mid)
Badhri Radzi (Attkg Mid)
Zairul Fitree Ishak (Sayap Kiri)
Enock Bentil (Penyerang)
Mahmadou Moustapha (Penyerang)

Tiada ulasan: