
Kota Bharu – Perlawanan TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad ke-IV jam 8.45malam antara Kelantan lawan Selangor.
Kelantan yang turun dengan pakaian rasmi mereka merah, hitam, hitam manakala Selangor turun dengan jersi kuning, kuning, merah. Sepak mula dilakukan oleh Selangor.
Selangor mula memaparkan aksi menyerang yang diketuai Safee Sali dan Frank Seator ke atas kubu Kelantan. Serangan Selangor banyak bergerak pada sebelah kanan melalui Elly Aiboi. Namun kelekaan pertahanan Selangor yang leka menyerang dihukum oleh Mahmadou Moustapha Mane seawal minit ke 7 hasil serangan balas melalui gerakan Enock Bentil. Sepakan Mahmadou Moustapha Mane yang megelirukan penjaga gol memberikan gol awal Kelantan.
Stadium yang dipenuhi kira-kira 20ribu penyokong Kelantan bergegar selepas jaringan pembukaan tersebut. Kelantan seakan-akan menemui rentak permainan apabila mula melakukan serangan ke atas kubu Selangor. Pada minit ke 10 Kelantan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol ke 2 melalui Enock Bentil, namun sepakan Enock Bentil melepasi palang gol.
Tersentak dengan jaringan awal serta beberapa percubaan Kelantan ke atas kubu Selangor, Selangor mula mengatur gerak bagi mencari gol penyamaan. Gerakan mereka berjaya apabila hantaran kepada Elly Aiboi ke sebelah kiri pintu gol hampir-hampir memperangkap penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail. Kecekapan Shahrizan Ismail menyelamatkan keadaan pintu gol Kelantan buat sementara waktu.
Barisan pertahanan kiri Kelantan sekali lagi diuji dan berjaya mendapatkan sepakan penjuru selepas Sarudy Aziz tidak berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Sepakan penjuru di ambil oleh Elly Aiboi itu berjaya menghasilkan gol penyamaan melalui Frank Seator pada minit ke 14 hasil kelekaan pertahanan Kelantan untuk mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti.
Kelantan yang tersentak dengan gol penyamaan melakukan asakan keatas pertahanan Selangor tetapi dapat dipatahkan oleh pertahanan Selangor. Selangor mempunyai peluang keemasan untuk mendahului Kelantan melalui Safee Sali namun sepakannya dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail.
Kelantan sekali lagi cuba mencari gol ke 2 namun sepakan Badhri Radzi melepasi palang gol pada minit ke 25. Kelantan tidak patah semangat, serangan digerakan melalui sebelah kanan iaitu melalui Amri Fazal. Satu lencongan cantik dari Amri Fazal melintang dihadapan pintu gol Selangor cuba ditanduk oleh pertahanan Selangor untuk memberi sepakan penjuru namun bola itu menerjah jarring pada minit ke 40.
Mahmdou Moustapha Mane menunjukkan belang apabila berjaya menjaringkan gol ke 3 Kelantan pada minit ke 42 hasil gerakan yang berjaya melepasi perangkap offside. Kelantan sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan pada separuh masa pertama melalui Enock Bentil namun sepakannya tersasar sedikit di kanan pintu gol hasil hantaran Mahmadou Moustapha Mane. Separuh masa pertama Kelantan 3 Selangor 1.
Separuh masa kedua bermula dengan Kelantan melakukan sepak mula. Enock Bentil yang pantas bergerak secara solo melepasi 4 pemain Selangor dan melakukan rembatan namun ditepis penjaga gol Selangor untuk memberi sepakan penjuru.
Kelantan melakukan beberapa asakan dan mendapat sepakan penjuru pada minit ke 56. Badhri Radzi mengambil sepakan penjuru tersebut dan sepakan penjuru itu betul-betul singgah di kaki Enock Bentil dan beliau menggegarkan jarring untuk gol ke 4 Kelantan. Gol tersebut telah menggegarkan stadium yang di hadiri oleh penyokong setia Kelantan.
Pada minit ke 70 Kelantan mempunyai peluang keemasa melalui Mahmadou Moustapha apabila beliau hanya berdepan dengan penjaga gol Selangor namun sepakan lemah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.
Kelekaan Kelantan menyerang dihukum oleh penyerang Selangor pada minit ke 73 hasil kesilapan Jan Necas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kedudukkan 4-2 telah menaikkan kembali semangat pemain Selangor umtuk menyerang bagi mendapatkan gol lagi.
Kelantan melakukan serangan melalui sebelah kiri melalui Fitri Omar pemain gentian yang menggantikan Sarudy Aziz. Satu lencongan cantik gagal disambut oleh Enock Bentil. Kelantan masih lagi berusaha mencari gold an usaha mereka berhasil pada minit ke 90 apabila satu lambungan cantik dari Badhri Radzi memerangkap penjaga gol Selangor. Keputusan muktamad Kelantan 5 Selangor 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan