Oleh Adib_n70 Unit Media KelateDotNet K.Bharu
Kota Bharu – Rekod cemerlang Kelantan sepanjang kempen Liga Perdana dan Piala Malaysia akhirnya lebur semalam. Terengganu yang berjaya dijinakan di Kuala Terengganu bangkit untuk memecahkan rekod cemerlang Kelantan di lama sendiri dengan kekalahan pertama 0-1 Kelantan di laman sendiri.
Kelantan yang memulakan sepak mula mengatur gerakan menyerang ke atas kubu Terengganu namun kecekapan penjaga gol Sharbinee Alawee dan barisan pertahanan Terengganu yang dianggotai oleh Marzuki Yusof kebal mengawal benteng dari dibolosi oleh Kelantan.
Gandingan Mahmadou Moustapha dan Enock Bentil nampaknya gagal menyudah beberapa percubaan yang mungkin dapat menghasilkan gol bagi Kelantan. Lambungan Mahmadou Moustapha terkena palang gol manakala rembatan Enock Bentil berjaya di selamatkan oleh Sharbinee Alawee.
Jentera tengah Kelantan dilihat gagal berfungsi dengan baik. Bahdri Radzi nampaknya gagal menggerakan bahagian serangan dengan baik. Tugas Kapten yang dililit oleh Khairan Eroza gagal menerajui Kelantan untuk memacu kemenangan dan Kelantan akhirnya memilih jalan sukar ke suku akhir Piala Malaysia kerana akan berdepan Selangor di Shah Alam dan Negeri Sembila di Paroi.
Jentera tengah Kelantan begitu ampuh dah leka kerana pada perlawanan semalam bahagian tengah Kelantan gagal berfungsi. Bahdri Radzi sepatutnya disalahkan kerana lambat menolak bola ke hadapan untuk dikejar oleh penyerang dan cepat dipintas oleh Shahrul Ezrain.
Bola hantaran jauh dari bahagian tengah pula diselamatkan oleh Marzuki Yusof yang menggunakan ketinggiannya untuk memintas hantaran yang mencari Mahmadou Moustapha dan Enock Bentil.
Akibat dari jentera tengah yang tidak berfungsi, Terengganu menggunakan kesempatan tersebut dengan melancarkan gerakan demi gerakan yang di cari untuk menghasilkan gol. Jentera pertahanan pula nampaknya longlai, jika tidak kerana pengalaman dan tindakan berani Jan Necas menyelamatkan beberapa percubaan Terengganu yang di ketuai oleh Abdul Manaf Mamat, Che Hishamudin dan Liew Kit Kong pasti Kelantan akan tewas besar di tangan Terengganu.
Terengganu menggunakan sepenuhnya peluang keemasan tersebut melalui Che Hishamudin yang berjaya menewaskan Jan Necas dengan larian kencang namun pengalaman Jan Necas berjaya menghalang gerakan tersebut dengan tackle bersih dalam kota penalti Kelantan bagi menyelamatkan keadaan.
Terengganu akhirnya berada di depan pada minit ke 37 hasil gerakan Che Hishamudin yang cuba mara ke dalam kotak penalti tetapi gagal dan bola singgah di kaki Zairo Anuar untuk beliay melakukan satu chip dan menewaskan Shahrizan Ismail yang menjadi benteng terakhir Kelantan.
Selepas Terengganu mendapat gol awal, Kelantan cuba bangkit namun kerana bahagian yang kurang menjadi dan tidak berfungsi dengan baik gerakan itu banyak tersangkut di pertahanan.
Separuh masa kedua Kelantan cuba mencari penyamaan dan peluang itu hadir namun kerana sikap ego Mahmadou Moustapha akhirnya peluang menyamakan kedudukan disia-siakan begitu sahaja. Kemasukan Safuan Ibrahim menggantikan Enock Bentil dan Nizab Ayub yang masuk menggantikan Ramzul Zahini semakin menengelamkan gerakan menyerang Kelantan.
Peluang keemasan terakhir diperolehi oleh Kelantan melalui Nizab Ayub terkena palang. Kemudian Terengganu banyak mengusai permainan dan akhirnya keputusan itu kekal hingga ke akhir perlawanan.
Isnin, 14 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan