Rabu, 16 Julai 2008

PINTU KE SUKU AKHIR SEMAKIN TERTUTUP

Oleh : Adib_n70 Unit Media KelateDotNet (KDN) K.Bharu

Dari Kota Bharu terbang ke Shah Alam bagi menghadapi satu misi genting untuk ke suku akhir, tapi apakan daya skuad Selangor berjaya menewaskan Kelantan 4-1 di Shah Alam dan seterusnya mengakibatkan Kelantan semakin tertutup pintu ke suku akhir.

Selangor yang turun dengan kelebihan satu permainan turun dengan kesebelasan mantap mereka, manakala yang mengugurkan Mahmadou Moustapha dan mengantikan David Le Bras nyata tidak bermaya.

Perlawanan ini dilihat begitu ketandusan idea untuk melakukan serangan dengan ketiadaan Mahmadou Moustapha yang digugurkan atas sebab disiplin.

Selangor banyak menguasai permainan pada separuh masa pertama dan serangan yang bertali arus pada sebelah kiri Kelantan nyata membuahkan hasil apabila Safee Sali yang bijak melarikan bola nyata tidak dapat dipintas oleh Fitri Omar melakukan hantaran ke tengah kepada Frank Seator kemudian Frank Seator membiarkan kepada Indra Putra Mahyuddin untuk meledakan gol pertama Selangor.

Kelantan cuba bangkit dengan keadaan begini namun kebijaksanaan perangkap offside memakan diri 3 minit kemudia apabila Safee Sali yang telah terperangkap offside namun pengadil tidak meniupkan wisel kerana memberi advantage kepada Kelantan kerana bola sampai ke Shahrizan Ismail. Shahrizan Ismail memikirkan bola tadi offside telah melambung bola ke luar kotak penalti dan Frank Seator mengejarnya kemudian Shahrizan Ismail memegang bola di luar kotak penalti dan seterusnya memberikan Selangor sepakan percuma dihadapan pintu gol.

Indra Putra Mahyuddin yang mengambil sepakan percuma itu nyata mudah menendang ke bucu sebelah kanan pintu gol Kelantan tanpa sempat di tepis keluar oleh Shahrizan Ismail.

Bahagian tengah Kelantan sekali lagi tidak berfungsi dengan baik pada perlawanan ini dan nyata Selangor menggunakan peluang ini untuk menyerang Kelantan dan mereka memperolehi sepakan penjuru.

Elie Aiboy yang mengambil sepakan penjuru dengan menendang rendah dan ditanduk masuk oleh Shukor Adam untuk mejadikan 3-0.

Kelantan yang begitu tersentak cuba mencari rentak dan mereka mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun tindakan reflexion yang lambat dan banyak memegang bola mengagalkan cubaan tersebut kerana mudah dipintas oleh pertahanan Selangor yang dipimpin oleh Amri Yahyah dan Evans.

Kelantan melakukan pertukaran pada separuh masuk kedua dengan memasukan Rosairil Asrul Mat Nor menggantikan David Le Bras. Kemasukan beliau nyata berjaya merubah permainan kerana banyak hantaran yang baik dan lorongan bola yang cantik kepada bahagian serangan. Namun gandingan Enock dan Badhri Radzi nyata tidak serasi untuk menterjemahkan gol kepada Kelantan.

Barisan Kelantan sekali lagi dihukum kali ini melalui Elie Aiboy yang merembat leret bola dan berjaya menewaskan Shahrizan Ismail buat kali keemapat.

Kelantan tersentak melakukan pertukaran dengan memasukan Nizab Ayub menggantikan Raamzul Zahini Adnan dan Safuan Ibrahim menggantikan Bahdri Radzi. Pertukaran tersebut sedikit berlaku perubahan taktikal serangan dan pada minit-minit akhir pemainan Kelantan berjaya juga membawa pulang gol saguhati melalui rembatan Zairul Fitree Ishak ke sebelah kiri pintu gol Selangor.

Perlawanan ini berkesudahan Selangor menang 4-1 di Shah Alam dan menyukarkan atau telah menutup sedikit pintu ke suku akhir bagi Kelantan.

Tiada ulasan: