Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk
bertudunglah.
" Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer." Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul. Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)
Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.
Sebab keempat:Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.
Mila pernah hamburkan ayat ni. " Huh panas betul Malaysia ni. Ni
semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak
pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa
juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe." Mila
tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum .
" Neraka lagi panas." Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila.
Muka nak nangis. " Ambik kau" Dalam hati kami, sekadar berbisik.
Allah berfirman:
Katakanlah " api neraka jahannam lebih panas ",jika mereka mengetahui
( At-taubah,9: 81)
Sebab kelima: Takutlah kalau pakai hijab tak ikhlas nak buat apa,
nanti akhirnya buka juga. Ramai dah jadi macam tu.
Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan
lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.
" Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku
tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas."
" Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak
ikhlaslah.."
Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.
Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap
teguh) dalam agama ini? Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah,
bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun
terasa kita akan jadi begitu.
Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong
daripadanya dengan sabar dan solat. Bukannya minta pada pakwa, bukan
juga pada yang lain. Hanya pada Allah. Lindungi daripada sifat
sekejap-sekejap.
Sebab Keenam: Saya akan bertudung apabila Allah memberi saya hidayah
nanti.
" Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas
lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita
enjoyyy." Rambut digerbang-gerbangka n, tangan pula diangkat keatas.
Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat
mecamana, kawan-kawankan.
" tapikan maut tu sentiasa hampir?" Kami bertanya.
" Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda kagi tau. Sihat, tubuh solid
molod lagi. Jangan nak sebut-sebut mati." Marah pula kakak ni.
" Ha, tahu pula takut." Kami mengejek.
" Bukan takut, just ngeri."
Allah berfirman:
Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau
mempercepatkan sesaat pun ( Al รข€“A'raf, 7:34 )
Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.
Kami beritahu je.
Ada lagi alasan?
Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat
mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah
anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.
" Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat
telinga." Huh ada juga yang membantah ye.
" Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan
telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang
mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali
hebatnya." Kata Ustaz Ali Tantawi.
Jumaat, 19 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan