Jumaat, 19 September 2008

Susahnya Bertudung...!!!!

(dipetik dr perjalananjauh. wordpress. com) Tujuan perkongsian artikel ini adalah untuk meneguhkan lagi kpd siapa yang sudah yakin akan kewajipan bertudung dan mengamalkannya. ..dan kedua untuk dikongsikan kepada kakak2 dan adik2ku seIslam yang lain yang belum mengamalkannya lagi...moga2 ini akan menjadi punca hidayah kepada mereka.Ameen. .Bolehlah diedar2kan untuk manfaat semua...Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur
wanita dan kaum hawa sekalian.Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali,
boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah
dimaki hamun sudah.Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya
begini.`pe pendapat ko klo orang kte `wat pe pki tudung klo hati x ikhlas' n `yg pi tudung bukanya bek pon'Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa,kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk merujuk sebuar artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya kami. Artikel ini bertajuk ` 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak Suka Berhijab' oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja.
Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab(bertudung).
Pernahkah dengar sebab yang ini? Kami pernah dengar." Tudung? What the H you nak I pakai tudung?Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Eh makk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha" Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih. Betulkah beliau belum yakin? Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau talah meyakini aqidah. Muhmmad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar. Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya? Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja? Itu bukannya yakin, yang itu, " Bengong." Kata- kata Ustaz Mustafa Dolah,bekas pengetua SMKA Pedas. Allah berfirman:
Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata," Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Surah An-Nur.24:51)
Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak
bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?
Pernah Tipah cakap benda ni pada kami, " Halo geng, sori la. Aku
bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah,
zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah. " Oh Tipah,
jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.Tapi Tipah Allah berfirman:Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)
Allah fiman lagi Tipah:
Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)
Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak? Oh Tipah, jangan tertipu lagi.

Tiada ulasan: