Isnin, 6 Oktober 2008

Sambutan Aidilfitri 1429H - NISMO CLUB

Photobucket

Kota Bharu, 4 Oktober 2008 – Satu pertemuan yang julung-julung kali telah diadakan bagi semua pemilik kereta model Datsun dan Nissan di Taman Bendahra, Pengkalan Chepa.

Pertemuan ini diadakan sebagai satu perjumpaan sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H.
Kehadiran ahli yang begitu memberangsangkan dari seluruh pelusuk Kelantan bersama jentera masing-masing.

Menurut penganjur program ini iaitu saudara Mohd Noraimi Hazimin Bin Che Nodin, Program ini julung-julung kali diadakan bagi mempertemukan semua ahli yang selama ini hanya mengenali di dalam forum, jadi dengan pengajuran program ini mereka semua dapat bertemu mata serta berkongsi minat dan pengalaman tentang kereta jenis Datsun atau Nissan. Disamping itu juga penganjuran sebegini mampu mengeratkan hubungan sesama ahli kelab.

Pertemuan ini tela berjaya menghimpunkan pelbagai jenis kereta model Datsun dan Nissan dari era 70-an lagi. Sebanyak 40 buah jentera yang hadir terdiri dari model SSS, Bluebird, Sunny, March, Sentra, Pulsar, AD Resort dan Cefiro.

Bagi mereka yang memiliki model kereta Datsun atau Nissan meminati menyertai kelab ini, layari http://nismoclub.6.forumer.com atau hubungi 016-9218282 (Amin) atau 017-9382351 (Waen)

Tiada ulasan: