
Barisan yang dipertaruhkan menentang Selangor
Oleh Adib_n70 Unit Media KelateDotNet (KDN) K.Bharu
Kota Bharu – Selepas kemenangan di Terengganu, Kelantan masih lagi ketagih kemenangan bagi mencerahkan peluang layak secara automatik ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. Layak secara automatik adalah berada pada 2 tangga teratas kumpulan A. Misi wajib menang ini adalah perlu bagi melebarkan rekod baik beraksi di gelanggan sendiri iaitu di Stadium Sultan Mohd ke-iv Kota Bharu.
Selangor yang tewas pada perlawanan Jumaat lepas pasti ingin mendapatkan mata penuh di Kota Bharu. Dengan dua tonggak utama yang dilayangkan kad merah sewaktu beraksi Jumaat lepas memberi Kelantan sedikit peluang bagi mencatatkan kemenangan ke atas Red Giant ini.
Barisan kemungkinan bagi Kelantan hanya rasa adalah sama seperti biasa atau barisan yang diturunkan sewaktu menentang Terengganu pada Jumaat lepas. Pengamatan saya Kelantan perlu mengemaskan pertahanan kiri bagi mengelakkan dibocori gol kerana sering kali Kelantan dibolosi melalui sebelah kiri.
Keupayaan perancang Kelantan Badhri Radzi yang banyak melakukan gerakan yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan amat di tagih bagi perlawanan menentang Selangor. Enock Bentil yang baru menemui sentuhan ketika beraksi menentang Terengganu kemungkinan besar akan ‘mengamuk’ lagi bagi menjaringkan gol kerana dari 3 perlawanan beliau telah berjaya menjaringkan 1 gol iaitu gol kemenangan sewaktu menentang Terengganu Jumaat lepas.
Pertahanan Kelantan jika difikirkan adalah pertahanan terbaik kerana mampu mengengkang asakan lawan yang bertali arus. Pertahanan yang di ketuai oleh kereta kebal Kelantan iaitu Jan Necas dan Rizal Fahmi. Kebimbangan jurulatih Kelantan pada pertahanan Kelantan adalah pada sebelah kiri kerana sering kali asakan pihak lawan dari sebelah kiri pasti akan membuahkan hasil. Jadi kira perlu lakukan perubahan pada bahagian pertahanan kiri dengan mengantikan Zairul Fitree di tempat Sarudy Aziz. Bahagian serangan Kelantan kerap kali digerakan oleh pemain muda yang bertidak selaku pertahanan kanan Kelantan iaitu Farisham Ismail yang kerap kali membuat overlapping bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
Bahagian tengah Kelantan sering kali hilang arah apabila diasak oleh pihak lawan. Khairan Eroza patut menjadi tonggak mengerakannya kerana bahagian sayap kanan iaitu Amri Fazal terlalu muda dalam menerima tekanan sewaktu asakan lawan. Sayap kiri Kelantan jika Zairul Fitree berada pada posisi asal beliau akan digantikan dengan Fitri Omar seorang pemain laju dalam larian yang patut diberi lebih didikan sewaktu menggerakan serangan pada sebelah kiri.
Kemenangan ke atas Selangor pada Isnin ini dapat membuka mata semua pihak lawan bahawa jangan memandang rendah keupayaan Kelantan. Terengganu telah menerima hukuman kekalahan dari Kelantan pada perlawanan Jumaat lepas kerana tidak menurunkan Ismail Faruqi untuk kesebelasan utama bagi membentuk gandingan serangan mantap bersama Ashari Samsudin.
Dalam pada itu Kelantan amat berharap Sarawak mampu membuat kejutan dengan mengalahkan Negeri Sembila bagi menjarakan mata dengan Kelantan. Ini pun jika Kelantan tidak mempersia-siakan peluang bermain di laman sendiri.
Barisan kemungkinan Kelantan yang paling mantap untuk menghadapi Selangor pada Isnin 30Jun2008 adalah seperti berikut:
Shahrizan Ismail (GK)
Farisham Ismail (Bek Kanan)
Jan Necas (Bek Tengah)
Rizal Fahmi (Bek Tengah)
Zairul Fitree Ishak (Bek Kiri)
Amri Fazal atau Ezrie Shafizi (Sayap Kanan)
Khairan Eroza(Tengah)
Fitri Omar atau Hafizi Awang (Sayap Kiri)
Badhri Radzi (Attacking Midfldr)
Nizab Ayub (Backup Striker)
Enock Bentil (Penyerang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan