
Oleh : Adib_n70 Unit Media KelateDotNet (KDN) K.Bharu
Terengganu 1 - 2 Kelantan
Perlawanan keempat bagi Kelantan dan ketiga bagi Terengganu berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada jam 8.45malam. Terengganu yang turun dengan berpakaian rasmi mereka iaitu putih,hitam,putih manakalan Kelantan turun berpakaian rasmi Kelantan iaitu Merah,hitam,hitam. Pengadil bagi perlawanan ini adalah Lee Chong Sheng dibantu oleh Suhaidi Saman dan Nojey Anak Naking. Perlawanan ini bermula terlewat sedikit iaitu pada jam 8.50malam. Kelantan yang memulakan sepak mula terus mecuba melakukan asakan awal bagi mendapatkan gol awal agar dapat memberi tekanan kepada Terengganu.
Perlawanan pada malam ini menampakan Terengganu melakukan asakan dari kanan ke kiri dan kiri kekanan keatas kubu Kelantan, nasib amat menyebelahi Kelantan kerana kereta kebal Kelantan Necas dan Rizal banyak membantu pertahanan Kelantan dari gawang yang dikawal oleh Shahrizan dibolosi. Peluang terbaik Terengganu hadir pada minit ke 15 satu hantaran jauh kepada Liew Kit Kong yang hampir-hampir membolosi namun kecekapan Shahrizan menyelamatkan gol amatlah dipuji. Selepas itu Kelantan melakukan beberapa gerak melalui Bahdri Radzi namun ketumpulan penyudah oleh Enock Bentil amatlah dikesal. Peluang Kelantan hadir pada minit ke 34 melalui hantaran jauh Khairan berjaya memecahkan kebuntuan apabila ia disambut baik ole Zairul Fitree yang terlepas dari perangkap offside dan beliau melakuakan satu 'plessing' ke kiri pintu gol mengenai tiang sebelum bola menerjah jaring Terengganu. Kelantan lega selepas mendapatkan gol awal kerana ia akan memberi sedikit tekanan kepada Terengganu dan apabila tekanan itu dirasai Terengganu pasti akan hilang arah dalam perlawanan ini.
Selepas itu kelantan kelihatan lemas apabila diasak serangan bertali arus dari Terengganu melalui Liew Kit Kong dan Ashari namun penyudah oleh Terengganu gagal memanfaatkan peluang terhidang. Satu peluang keemasan diperolehi sewaktu separuh masa pertama pada minit ke 40 apabila gerakan Ashari yang melintangkan bola dihadapan pintu gol Kelantan tidak berjaya di sambut baik Liew Kit Kong untuk menghasilkan gol penyamaan Terengganu.
Selepas itu Kelantan seakan hilang arah apabila 8 pemain berkampung di kawasan kotak penalti untuk menghalang asakan dari Terengganu. separuh masa pertama pemain yang harus diberi kepujian adalah pertahanan kelantan merangkap kereta kebal Kelantan iaitu Necas dan Rizal kerana menyelamatkan percubaan berbahaya Terengganu. Shahrizan pada separuh masa pertama bermain masih lagi dibawah keupayaan sebenar namun pengalaman beliau berjaya menyelamatkan pintu gol Kelantan dari dibolosi.
Separuh masa kedua kelihatan Terengganu begitu ghairah melakukan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Kelekaan bahagian pertahanan Terengganu dihukum oleh Enock Bentil yang menerima hantaran Badhri Radzi dan berjaya melepasi bahagian pertahanan Terengganu dan diberi cabaran oleh penjaga gol Terengganu iaitu Sharbinee Allawee namun tangkapan kurang kemas penjaga gol telah membuka peluang Enock Bentil untuk menjaringkan gol kedua Kelantan selepas pintu gol Terengganu terbuka luas. Gol kedua Kelantan merupakan gol pertama peribadi Enock selepas bersama Kelantan kira-kira seminggu dan 3 perlawanan.
Terengganu yang tersentak dengan 2 gol melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Liew Kit Kong memasukan Ismail Faruqi bagi memperkuatkan jentera serangan. Namun ketumpulan masih lagi dirasai. 2 lagi pertukaran pasukan Terengganu menampakkan permainan seakan-akan tidak berubah. Pada minit ke 50 Badhri Radzi mendapat satu peluang yang dikira paling bermakna untuk menjadikan kedudukan 3-0 namu sepakan lemah dari Badhri Radzi berjaya ditangkap oleh penjaga gol Terengganu. Kemudian beberapa minit selepas itu Badhri Radzi sekali lagi berjaya membuka peluang untuk menjaringkan gol selepas satu tolokan yang begitu cantik dari sebelah kiri pintu gol, namun kelewatan Amjad Shah yang berada dihadapan pintu gol gagal menolak bola tersebut ke dalam pintu gol Terengganu.
Terengganu yang tersentak melakukan serangan bertali arus dari kanan ke kiri dan peluang keemasan mereka hadir pada minit ke 70 apabila kecuaian Sarudy Aziz selaku kapten pasukan Kelantan yang meninggalkan posisi bek kiri dan membuka peluang kepada Abd Manaf untuk menjaringkan gol pertama Terengganu. Kedudukkan 1-2 dilihat kurang selesa bagi Kelantan apabila Terengganu melakukan asakan ke atas kubu pertahanan Kelantan, namun kecekapan penjaga gol Kelantan Shahrizan amat dipuji. Terengganu mendapat satu sepakan percuma di hadapan pintu gol Kelantan apabila kekasaran Rizal ke atas Ashari. Namun sepakan percuma Terengganu yang di ambil
Kapten Terengganu iaitu Zairo berjaya diselamatkan oleh Sharizan.
Kelantan melakukan pertukaran memasukan Nizab Ayub mengantikan Amri, Md Nazrul mengantikan Amjad Shah dan Sarudy Aziz dikeluarkan digantikan dengan Fitri Omar. Pertukaran ini dilakukan bagi melengahkan masa permainan kerana Kelantan hanya ingin mempertahankan kelebihan satu gol yang mereka perolehi. Terengganu yang masih lagi belum berputus asa terus melakukan serangan namun berjaya di halang oleh pertahanan Kelantan. Gerakan Ashari di sebelah kiri pintu gol Kelantan tidak dapat diteruskan kerana Zairul Fitree yang mengantikan tempat bek kiri nyata berjaya menghalang gerakan Terengganu.
Akhirnya pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat bagi memberi kelebihan pada Kelantan untuk pulang ke Kota Bharu dengan 3 mata penuh memberikan sedikit cahaya apabila berdepan Selangor Isnin ini 30 Jun 2008. Ayuh kita penuhi stadium keramat kita bagi memberi sokongan tidak berbelah bagi pada Kelantan agar berjaya meneruskan rekod cemerlang di gelanggang sediri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan